KUALA LUMPUR: Tiada klinik kesihatan ditutup atau mengalami gangguan perkhidmatan rawatan luar, walaupun berlaku kekurangan pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata operasi rawatan di semua klinik kesihatan berjalan seperti biasa untuk bagi memastikan memastikan masyarakat mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan.

Bagaimanapun, beliau mengakui terdapat prosedur tertentu yang memerlukan penjadualan awal seperti prosedur funduskopi, berikutan kekangan tenaga kerja yang mahir dalam bidang itu.

"Kementerian Kesihatan (KKM) mengakui ketersediaan dan kecukupan tenaga kerja, khususnya pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat adalah antara faktor penting yang mempengaruhi kapasiti penyampaian