KUALA LUMPUR: Remaja didakwa mencederakan seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Sarawak pagi tadi, tidak lagi berstatus pelajar aktif institusi itu.
Sekolah berkenaan dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pelajar terbabit kini berada di dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut.
Katanya, kes berkenaan dalam siasatan polis, dan pihak sekolah akan terus memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan.
"Guru yang cedera dibawa ke hospital dengan ambulans untuk mendapatkan rawatan. Setakat ini, beliau semakin pulih dan tidak mengalami kecederaan kritikal.








