LONDON: Dua tahun selepas membuat keputusan berani meninggalkan Chelsea, Rio Ngumoha membuktikan bahawa ada kalanya risiko terbesar mampu membawa ganjaran paling lumayan.
Bintang muda sensasi Liverpool berusia 18 tahun itu beralih daripada salah seorang bakat akademi paling berharga Chelsea kepada antara pemain muda paling menarik dalam bola sepak Eropah.
Aksi cemerlangnya ketika menentang Villarreal di Anfield sekali lagi mengingatkan semua pihak mengenai bakat yang terlepas daripada genggaman The Blues.
Sumber memberitahu SunSport bahawa Chelsea amat kecewa apabila kehilangan Ngumoha kepada Liverpool pada 2024.








