SEREMBAN: Kerajaan negeri mengemukakan bantahan awal terhadap saman pemula difailkan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang mencabar pembatalan pelantikan mereka.
di Mahkamah Tinggi Seremban di sini, hari ini, kerajaan negeri selaku defendan kedua, membantah kaedah pemfailan tindakan undang-undang itu.
Melalui prosiding dijalankan secara sidang video di hadapan Hakim Roz Mawar Rozain, kerajaan negeri yang diwakili peguam, Razlan Hadri Zulkifli, menghujahkan ia tidak sepatutnya difailkan melalui saman pemula, sebaliknya menerusi semakan kehakiman.
Bantahan awal itu turut disokong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan selaku defendan pertama serta pihak pencelah yang dicadangkan, iaitu Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan serta setiausahanya, Raja Norazli Raja Nordin,








