MILAN: AC Milan menyatakan sokongan terhadap rancangan penyokongnya memboikot aksi Serie A menentang Udinese, Isnin ini, sebagai bantahan terhadap harga tiket pelawat yang dianggap terlalu mahal.

Tiket bagi penyokong pasukan pelawat dijual pada harga 65 euro (RM300), sekali gus mencetuskan kebimbangan kelab itu bahawa harga berlebihan boleh menjejaskan hubungan antara kelab serta usaha meningkatkan imej bola sepak Itali.

Dalam satu kenyataan, Milan menegaskan sokongan dan kesetiaan penyokong memainkan peranan penting dalam meningkatkan daya tarikan bola sepak Itali di peringkat global.

"Daya tarikan bola sepak Itali di seluruh dunia banyak bergantung kepada kesetiaan dan semangat penyokong kelab seperti AC Milan.