MELAKA – Barisan Nasional (BN) mengesahkan kerjasama dengan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual berlangsung pada 14 November depan.Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, rundingan mengenai pengagihan kerusi antara kedua-dua pihak telah dimuktamadkan.Menurut beliau, BN akan bertanding di 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pas bersama rakan gabungannya akan bertanding di tujuh kerusi."Perundingan antara BN dan Pas khususnya telah dimuktamadkan."Saya ingin mengesahkan bahawa BN akan bertanding di 21 kerusi dan Pas bersama rakan-rakan mereka akan bertanding di tujuh kerusi," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas dan Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah di sini pada Rabu.Turut hadir Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.Zahid berkata, BN akan menggunakan logo sendiri pada PRN berkenaan, manakala keputusan berkaitan penggunaan logo Pas diserahkan kepada kepimpinan parti itu untuk diputuskan.Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan BN akan mengumumkan senarai calon yang akan bertanding pada 24 Oktober ini.Menurutnya, pengumuman tersebut akan dibuat selepas semua proses penilaian dan perbincangan di peringkat parti dimuktamadkan.
PRN Melaka: BN muktamad kerjasama dengan Pas, bertanding 21 kerusi

Key takeaways
BN mengesahkan kerjasama dengan Pas untuk PRN Melaka, dengan BN bertanding di 21 kerusi dan Pas di tujuh kerusi.
- BN dan Pas bersetuju bertanding di 21 dan tujuh kerusi masing-masing.
- Logo BN akan digunakan dalam PRN, manakala Pas akan tentukan penggunaan logonya sendiri.
- BN akan umum senarai calon pada 24 Oktober.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Kerjasama Pas, BN positif – Hadi Awang
- Free Malaysia Today PAS-BN capai persetujuan asas kerjasama PRN Melaka, kata Hadi
- Utusan Malaysia PRN Melaka: BN umum calon, kerjasama pada 28 Oktober
- Sinar Harian PRN Melaka: BN muktamad kerjasama dengan Pas, bertanding 21 kerusi (this story)







