KUALA LUMPUR - Selepas lebih dua dekad berkongsi pentas bersama 6ixth Sense, vokalis utamanya, Adi Priyo Sambodo, bakal menutup perjalanan bersama kumpulan itu menerusi sebuah konsert yang disifatkannya sebagai luahan kasih sayang terakhir buat peminat.Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu yang dijadualkan berlangsung di Idea Live Arena, Damansara, pada 23 Januari 2027 menjadi persembahan terakhir penyanyi berusia 43 tahun itu bersama kumpulan yang ditubuhkan pada 2005 tersebut.Adi berkata, keputusan untuk mengundurkan diri dibuat selepas mempertimbangkan hasrat mengembangkan kerjaya solo, selain komitmen kerja, kesihatan dan tanggungjawab terhadap keluarga."20 tahun bukanlah satu tempoh masa yang sekejap. Namun, setelah memikirkannya masak-masak, saya ingin mengumumkan bahawa konsert Tak Bisa Memilihmu di Idea Live Arena ini akan menjadi persembahan terakhir saya sebagai vokalis 6ixth Sense," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media konsert tersebut di sini pada Selasa yang turut dihadiri empat anggota 6ixth Sense iaitu Gjie (keyboard), Wan (dram), Ayoy (bass) dan Athan (gitar).Menurut penyanyi kelahiran Indonesia itu, keputusan berkenaan bukan berpunca daripada perselisihan faham dengan anggota kumpulan, sebaliknya dibuat atas kehendaknya sendiri.Adi turut memaklumkan bahawa dia sudah menyuarakan hasrat untuk berundur kepada rakan sekumpulannya sebelum ini dan bersyukur kerana mereka memahami serta menghormati keputusannya.Mengakui stamina tidak lagi seperti dahulu untuk memenuhi tuntutan persembahan berkumpulan, Adi mahu memberikan tumpuan kepada perjalanan muziknya secara solo selepas ini."Saya mahu jadikan konsert ini satu persembahan yang paling jujur daripada saya buat anda semua. Ia adalah luahan kasih sayang saya yang terakhir di atas pentas sebelum melepaskan mikrofon secara rasmi," katanya.Menariknya, Adi pada awalnya tidak berhasrat untuk terbabit dalam konsert berkenaan. Bagaimanapun, pujukan rakan sekumpulan serta keinginannya menghargai sokongan peminat membuatkan dia bersetuju untuk meneruskannya.Dia juga tidak menolak kemungkinan 6ixth Sense meneruskan perjalanan muzik dengan vokalis baharu, malah akan terus menyokong kumpulan itu meskipun tidak lagi menjadi sebahagian daripada barisannya."Saya doakan yang terbaik dan maju jaya buat 6ixth Sense," katanya.Konsert berkenaan dijangka menampilkan kira-kira 20 lagu popular kumpulan itu, antaranya Khatimah Cinta, Menyesal, Tanpa, Yang Sempurnakanku, Cinta Matiku, Bintang, Selamat Tinggal Cinta dan Tak Bisa Memilihmu.Penganjuran konsert itu diterajui Vamos Esports dengan kerjasama SVEN Asia Venture, sekali gus menandakan langkah Vamos memperluas jenamanya daripada arena e-sukan kepada sektor hiburan dan gaya hidup.Ketua Pegawai Eksekutif Vamos Esports, Hanan Aziz berkata, penglibatan dalam industri hiburan itu turut menyokong aspirasi syarikat untuk menjadi rakan kelab rasmi bagi Esports World Cup.Menurutnya, kerjasama itu membuka peluang untuk menghubungkan peminat e-su
Tak Bisa Memilihmu : Adi titip hadiah terakhir buat peminat 6ixth Sense

Key takeaways
Adi akan mengadakan konsert terakhir bersama 6ixth Sense pada 23 Januari 2027 sebagai penghormatan kepada peminat.
- Adi mengumumkan pengunduran diri daripada 6ixth Sense selepas lebih dua dekad berkongsi pentas.
- Keputusan itu dibuat atas hasrat untuk memperkembangkan kerjaya solo dan tanggungjawab keluarga.
- Anggota kumpulan memahami keputusan Adi dan menghormati kehendaknya.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Harian Metro Pesanan terakhir Ronaldo buat Messi
- Harian Metro PSM hadiah RM160,000 buat wira sepak takraw negara
- Sinar Harian Tak Bisa Memilihmu : Adi titip hadiah terakhir buat peminat 6ixth Sense (this story)







