KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Ong Xin Yee-Carmen Ting menamatkan badi lima kejohanan berturut-turut terkandas di pusingan pertama apabila mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis di Arena Grand Paris, hari ini.
Pasangan di ranking ke-27 dunia itu mempamerkan aksi meyakinkan apabila menewaskan wakil tuan rumah, Margot Lambert-Camille Pognante yang menghuni ranking ke-32 dunia, 21-11, 21-12.
Kemenangan itu pastinya menjadi suntikan keyakinan buat Xin Yee-Carmen selepas melalui episod mengecewakan apabila tersingkir di pusingan pertama Terbuka Jepun, Terbuka China, Terbuka Taiwan, Kejohanan Dunia dan Masters China.
Mereka kini berpeluang meneruskan kemaraan ke suku akhir sekiranya berjaya mengekalkan momentum pada pusingan kedua.








