Pengerusi BN Zahid Hamidi kata rundingan antara BN dan PAS sudah dimuktamadkan.PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi pada PRN Melaka akan datang, manakala PAS dan 'rakan-rakan' akan bertanding di tujuh kerusi, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi.
Zahid mengumumkan perkara tersebut susulan rundingan dengan PAS, yang katanya sudah dimuktamadkan.
"Saya ingin mengesahkan BN akan bertanding 21 kerusi dan mereka (PAS) bersama rakan-rakan mereka akan bertanding tujuh kerusi," katanya, lapor Berita Harian.
Perkembangan ini di sebalik spekulasi bahawa BN dan PN -- yang kini pendaftarannya dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) -- akan bekerjasama bagi PRN Melaka.






