KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 27 peratus kepada RM2.514 trilion bagi tempoh Januari hingga Ogos 2026, disokong pertumbuhan eksport dan import.
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata prestasi itu mencerminkan daya tahan sektor perdagangan negara dalam menghadapi persekitaran global yang mencabar.
Prestasi perdagangan kekal memberangsangkan meskipun berdepan perubahan tarif, sekatan perdagangan antarabangsa dan gangguan laluan perdagangan utama, termasuk penutupan Selat Hormuz sejak akhir Februari 2026.
"Meskipun begitu, MITI dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengambil pendekatan bersepadu dan bersedia menghadapi masa depan dengan kerjasama semua pemegang taruh.









