BARCELONA: Barcelona kehilangan khidmat pemain tengah, Dani Olmo selama kira-kira empat minggu selepas mengalami kecederaan otot aduktor kiri ketika tewas 2-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG) dalam aksi Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-27 selepas berlanggar dengan pemain tengah PSG, Vitinha, sebelum digantikan Fermin Lopez.
Barcelona mengesahkan keputusan pemeriksaan mendapati Olmo mengalami kecederaan pada otot aduktor kiri dan dijangka berehat kira-kira sebulan.
"Pemeriksaan yang dijalankan mengesahkan Dani Olmo mengalami kecederaan pada otot aduktor kirinya. Pemain itu dijangka berehat kira-kira sebulan," menurut kenyataan kelab itu.








