Paris: Jurulatih Barcelona, Hansi Flick mengesahkan Rodri akan kembali ke dalam kesebelasan utama untuk aksi El Clasico menentang Real Madrid pada awal pagi Isnin ini selepas pemain tengah itu direhatkan ketika sepak mula dalam kekalahan 2-4 kepada Paris Saint-Germain (PSG), awal pagi tadi.
"Ya, tetapi anda tahu Rodri bermain banyak minit bersama pasukan kebangsaan dan juga dalam beberapa perlawanan terakhir bersama kami," kata Flick kepada pemberita selepas kekalahan Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah di Paris.
"Saya bercakap dengannya pagi ini dan memberitahunya bahawa kami membuat keputusan ini, manakala Marc Bernal memulakan perlawanan. Bagi saya, apa yang kami lakukan adalah keputusan yang baik dan saya harap dia berada dalam keadaan segar untuk aksi menentang Madrid."






