Kuala Lumpur: Sebanyak 23 lokasi di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi hari ini.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemar Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU tertinggi di Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan 174.
Bandaraya Melaka, Melaka (162) dan Johan Setia Selangor masing-masing mencatatkan bacaan IPU 162, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (161) dan Cheras, Kuala Lumpur, Klang dan Banting, Selangor, masing-masing merekod bacaan 160, manakala tiga kawasan membabitkan Batu Muda, Kuala Lumpur; Putrajaya dan Shah Alam, Selangor pula mencatat bacaan 159.
Petaling Jaya, Selangor dan Alor Gajah, Melaka, masing-masing merekodkan bacaan 158 manakala Seremban, Negeri Sembilan serta Batu Pahat, Johor, masing-masing dengan bacaan (157), diikuti Larkin, Johor (156) dan Port Dickson, Negeri Sembilan (155).






