Hulu Selangor: Penemuan lipas dan tahap kebersihan dapur tidak memuaskan menyebabkan sebuah premis makanan di Sari Alamanda, Sungai Choh, di sini diarahkan tutup oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).

Arahan penutupan itu dikeluarkan kelmarin selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan melakukan beberapa ketidakpatuhan serius membabitkan aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

MPHS berkata, pemeriksaan dijalankan Bahagian Inspektorat, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) dengan kerjasama Jabatan Penguatkuasaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati kawalan haiwan perosak di premis terbabit tidak berkesan sehingga menyebabkan kehadiran lipas dalam jumlah banyak, selain peralatan memasak dan penyediaan makanan didapati kotor.