Sepang: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.
Mohd Shuhaily, 54, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.









