Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyatakan kanak-kanak genius sering menceburi bidang berkait Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat universiti.
KPT berkata, ia selaras dengan pelaksanaan GENIUS STEM Talent oleh Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang memberi sokongan kepada pelajar pintar dan berbakat dalam bidang STEM di peringkat pendidikan tinggi.
Daripada segi silibus, kata KPT, kanak-kanak genius ini berpeluang mengikuti Sistem Laluan Khusus atau Accelerated Pathway selepas menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan melangkaui laluan prauniversiti.
"Pendekatan ini dapat mengelakkan pengulangan kandungan pembelajaran yang telah dikuasai serta mengurangkan risiko kebosanan dan kehilangan minat terhadap pembelajaran.








