PAPAR: Seorang pelajar Tingkatan Lima maut selepas motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di Jalan Beringgis-Kawang, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, pelajar lelaki berusia 17 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera di kepala, manakala seorang lagi remaja lelaki sebaya cedera ringan.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Heryan Mohd Tahir, berkata siasatan awal mendapati sebuah motosikal Honda Wave ditunggang remaja lelaki berusia 17 tahun dalam perjalanan ke Beringgis.
Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Demak Spark ditunggang pelajar berkenaan dipercayai keluar dari bahu jalan sebelum membuat pusingan U secara mengejut.









