KUALA LUMPUR: Tempoh pemprosesan dan kelulusan permohonan pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional) dipendekkan kepada empat hari berbanding tujuh hari sebelum ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Mohamad Alamin, berkata langkah itu antara penambahbaikan dilaksanakan kementerian bagi memastikan usahawan memperoleh dana dengan lebih cepat untuk mengembangkan perniagaan.

"Mereka (TEKUN Nasional) akan proses kelulusan dalam masa empat hari dan pembiayaan yang lulus bakal disalurkan dalam tempoh lima hari bekerja.

"TEKUN Nasional turut memperkenalkan pendekatan baharu yang mana semua permohonan boleh dibuat secara dalam talian mulai 7 Ogos lalu, tak perlu datang ke mana-mana pejabat secara fizikal.