KUALA LUMPUR – Sebanyak 1.27 juta pembiayaan bernilai RM14.56 bilion disalurkan kepada usahawan mikro menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tekun Nasional dan Bank Rakyat bagi tempoh 2023 hingga September lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Mohamad Alamin berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 212,910 pembiayaan baharu bernilai RM2.19 bilion disalurkan menerusi AIM dan Tekun Nasional, manakala 1.05 juta pembiayaan berulang bernilai RM12.13 bilion turut direkodkan.

“Pembiayaan berulang penting bagi membantu usahawan mendapatkan modal tambahan untuk meningkatkan kapasi