Kuala Lumpur : Pelakon, Datuk Mustapha Kamal, 64, mencuit hati netizen apabila tampil 'menjiwai' watak ikonik sebagai pemilik syarikat Megah Holdings di Threads.
Ia bermula apabila Mustapha menggelarkan dirinya 'papa' serta turut memuat naik gambar-gambar percutiannya bersama isteri tercinta yang juga pelakon, Susan Manen.
"Papa nak bahagiakan isteri papa dulu… cuti-cuti dengan mummy tersedia dalam kalendar," tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam pada itu, Mustapha turut memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan dia sedang meminum air oren yang selalu dilakonkannya apabila menjadi seorang bapa dan pemilik syarikat Megah Holdings.










