Kuala Lumpur: Malaysia berharap Indonesia segera menerima tawaran bantuan aset negara bagi membantu memadamkan kebakaran hutan yang mengakibatkan jerebu sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan rakyat.
Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, meskipun Malaysia sudah menawarkan kepakaran dan bantuan aset kepada kerajaan Indonesia, masih terdapat beberapa syarat dan perkara yang perlu diputuskan negara berkenaan.
"Kita sangat berharap supaya Indonesia dapat segera menerima tawaran daripada Malaysia kerana keadaan jerebu semakin meruncing, khususnya di Sarawak sehingga kita terpaksa mengisytiharkan darurat.
"Begitu juga keadaan di Semenanjung Malaysia apabila rakyat di Lembah Klang dan Putrajaya turut terkesan dengan keadaan jerebu yang tiada kesudahan.










