BEIJING – Indonesia mungkin tidak memerlukan bantuan Malaysia memandangkan negara itu telah mengerahkan sejumlah besar anggota dan aset bagi menangani bencana kebakaran hutan dan tanah.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia telah menawarkan sedikit bantuan, tetapi pihak Indonesia sendiri telah mengerahkan melebihi 19,000 anggota.
“Saya tidak fikir mereka akan memerlukan bantuan dari Malaysia kerana mereka sendiri mempunyai anggota yang ramai dan peralatan yang boleh membantu menyelesaikan kebakaran itu, tetapi kita faham titik-titik panas di Kalimantan dan Sumatera tidak mungkin dapat dipadamkan dengan segera,” katanya pada sidang media di sini hari ini.









