KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan menerima laporan dibuat sebuah syarikat yang mengaitkan dengan dakwaan aktiviti penyembelihan ayam secara tidak halal seperti yang tular di media sosial pada Selasa.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Ahmad Azwan Amin Nordin berkata, laporan diterima pihaknya kira-kira jam 9 malam."Kes dirujuk kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk tindakan lanjut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.Sebelum itu, syarikat terbabit memaklumkan bahawa aktiviti penyembelihan yang ditunjukkan dalam video berkenaan tidak melibatkan syarikat mereka mahu pun mana-mana cawangannya.Pihak pengurusan syarikat itu menjelaskan, kenyataan itu bertujuan mengelakkan kekeliruan dan salah faham dalam kalangan orang awam, pelanggan serta pihak berkaitan.Baru-baru ini, tular tangkap layar rakaman video penstriman langsung di TikTok berhubung dakwaan seorang pembekal ayam di Kuala Lumpur tidak menyembelih ayam tersebut, sebaliknya mencampakkannya ke dalam air panas hidup-hidup.Susulan itu, Jakim mengesahkan sedang melaksanakan siasatan menyeluruh terhadap sebuah syarikat susulan isu tular sembelihan ayam.Ketua Pengarah Jakim, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, selepas pemeriksaan mendapati premis berkenaan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Tular isu sembelihan ayam, polis sahkan terima laporan daripada syarikat

Key takeaways
Polis menerima laporan mengenai isu penyembelihan ayam tidak halal yang tular di media sosial.
- Polis merujuk kes kepada Jakim untuk tindakan lanjut.
- Syarikat terbabit menafikan kaitan dengan aktiviti penyembelihan tersebut.
- Jakim sedang siasat syarikat yang tidak mempunyai sijil halal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Tular isu sembelihan ayam, polis sahkan terima laporan daripada syarikat (this story)





%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F02%2F2be97fbeff154acf0937810f45a14b01.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
