KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam serangan Houthi ke atas orang awam dan infrastruktur di Arab Saudi serta negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Malaysia memandang serius peningkatan konflik yang sedang berlaku di seluruh rantau Asia Barat.

Sehubungan itu, katanya, beliau sudah berhubung rapat dengan pemimpin rantau berkenaan, termasuk Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman; Perdana Menteri Qatar, Mohammed bin Abdulrahman Al Thani serta pemimpin lain di seluruh Teluk.

"Ia mencerminkan betapa seriusnya Malaysia melihat krisis semasa serta betapa mendesaknya usaha untuk menghalang konflik daripada merebak dengan lebih meluas.