Kuching: Pelajar lelaki berusia 16 tahun dilaporkan membawa mercun dan kapak ke sebuah sekolah swasta di sini, sebelum mencederakan guru wanita di sekolah terbabit, pagi tadi.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak dalam kenyataan petang ini berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku 8.03 pagi apabila Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching menerima maklumat menerusi talian MERS 999.
Menurutnya, maklumat awal mendapati pelajar terbabit membawa mercun sebelum dipercayai mencederakan guru berkenaan menggunakan kapak.
"Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan luka pada tangan dalam kejadian itu," katanya.









