Kuala Lumpur: "Syukur sangat dan berharap kandungan isteri baik sehingga anak kami dilahirkan nanti."

Demikian kata usahawan produk kecantikan dikenali Danny, 43, yang bakal menimang cahaya mata perempuan selepas isterinya, Nur Atikah Hamidon, 27, disahkan hamil tiga bulan.

Berita gembira itu dikongsikan Danny menerusi video di TikTok ketika majlis pengumuman jantina anak mereka baru-baru ini.

Danny berkata, kehamilan itu adalah anugerah terindah buatnya dan isteri selepas hampir enam bulan mendirikan rumah tangga.