JAKARTA – Dua lelaki dihukum makan daun pokok betik selepas mereka ditangkap mencuri buah itu di sebuah kebun milik penduduk tempatan, lapor laman berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Desa Sei Mencirim, wilayah Sumatera Utara kelmarin.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleg akaun @officiallambeturah menunjukkan dua pencuri terbabit dikepung oleh penduduk setempat.
Tidak tahan dengan kehilangan buah betik yang terlalu kerap, warga setempat memaksa kedua-dua pencuri untuk memakan daun pokok betik yang pahit.









