KUCHING: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak memandang serius insiden seorang guru cedera diserang pelajar lelaki di sebuah sekolah antarabangsa di sini hari ini.

JPN Sarawak dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kes itu dalam siasatan polis dan pihak institusi pendidikan swasta terbabit akan memberi kerjasama penuh terhadap siasatan yang sedang dijalankan.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi, menyebarkan maklumat belum disahkan atau berkongsi kandungan yang boleh menjejaskan privasi serta kebajikan individu terbabit.

"JPN Sarawak telah berhubung dengan pihak institusi pendidikan swasta berkenaan dan bersedia memberikan sokongan psikososial kepada murid, guru dan warga institusi yang memerlukan," menurut JPN Sarawak.