am@hmetro.com.my

Foto Nazdy Harun

Kuala Terengganu: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia berunding dengan mana-mana penyedia perkhidmatan bagi memasukkan sebarang aplikasi ke dalam MyKad generasi baharu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Badrul Hisham Alias berkata, pihaknya akan melakukan penambah baik terhadap MyKad generasi baharu dari semasa ke semasa.

"Sekiranya dilihat di belakang MyKad terdapat satu cip yang dipanggil aplikasi kecil (applet), di dalamnya ada ruang yang masih ada untuk kita masukkan aplikasi tertentu. Applet mempunyai komponen perisian yang membolehkan fungsi tertentu dimasukkan ke dalam cip.