KUCHING – Seorang guru wanita cedera selepas dipercayai diserang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan, pihaknya menemukan senjata iaitu pisau kecil jenis ‘penknife’ dan kapak kecil.

Menurut beliau, remaja tersebut ditahan pagi tadi sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Polis sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian dan mendapatkan bukti berkaitan,” katanya.