Kuching: Pelajar lelaki sebuah sekolah antarabangsa di sini, sempat membuat rakaman video sebelum berlakunya insiden seorang guru cuba merampas objek tajam daripadanya, pagi tadi.
Video didakwa dirakam pelajar terbabit sebelum kejadian, turut tersebar di media sosial, sekali gus meraih perhatian ramai, bagaimanapun kandungan dan tujuan sebenar rakaman masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Dalam kejadian pagi tadi, pelajar terbabit dilaporkan membawa objek tajam ke kawasan sekolah sebelum seorang guru cuba merampasnya.
Tindakan itu menyebabkan guru berkenaan cedera dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, manakala pelajar terbabit berjaya dikawal sebelum dibawa ke pejabat pengetua.










