Seremban: Ketua jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Daniel Gimenez menafikan kehadiran penyerang antarabangsa Mauritania, Aboubakar Kamara dalam pasukan itu adalah untuk menggantikan mana-mana pemain lain atau penyerang sedia ada kerana kurang efektif.

Sebaliknya, pengendali berasal dari Sepanyol itu menegaskan bahawa kehadiran Kamara sebagai satu kelebihan buat skuad Hobin Jang Hobin dalam memastikan jentera barisan depan lebih berbisa ketika mendepani cabaran Liga Super yang semakin mencabar dan sengit terutama dalam memburu mata kemenangan.

"Kamara datang bukan untuk menggantikan mana-mana pemain penyerang termasuk Yusuke Minagawa atau mengisi tempat penyerang sedia ada, sebaliknya adalah untuk memperkukuhkan lagi bahagian serangan pasukan.