KUCHING: Kerajaan Sarawak mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak dua bulan gaji kepada anggota Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak sebagai penghargaan atas sumbangan dan dedikasi mereka dalam menjayakan agenda pembangunan negeri.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata bantuan itu berdasarkan gaji pokok terakhir pada November 2026 dan dibayar sebelum penghujung tahun ini.

Beliau berkata, pemberian berkenaan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 19,851 penjawat awam negeri dengan anggaran peruntukan sebanyak RM144 juta.