KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berkompromi terhadap sebarang risiko keselamatan dan kedaulatan negara yang membabitkan Israel, termasuk penggunaan aplikasi navigasi Waze yang dikaitkan dengan rejim itu.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam kenyataan hari ini, berkata memaklumkan perlindungan data rakyat dan maklumat negara sentiasa menjadi keutamaan, termasuk dalam menilai implikasi penggunaan aplikasi yang tertakluk kepada undang-undang serta bidang kuasa Israel.

"Kerajaan memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna oleh aplikasi navigasi Waze, khususnya apabila terma penggunaannya memperuntukkan pemakaian undang-undang Israel serta bidang kuasa mahkamah rejim itu bagi pertikaian berkaitan penggunaan perkhidmatannya," menurut kenyataan itu.