SHAH ALAM - Penjawat awam dan rakyat Malaysia disaran beralih kepada aplikasi navigasi tempatan seperti TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau aplikasi tempatan lain yang bersesuaian.Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri berkata, kerajaan memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan, perjalanan dan maklumat peranti pengguna oleh aplikasi navigasi Waze.Menurutnya, ia terutama apabila terma penggunaannya memperuntukkan pemakaian undang-undang Israel serta bidang kuasa mahkamah rejim itu bagi pertikaian berkaitan penggunaan perkhidmatannya."Kerajaan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan yang melibatkan Israel."Perlindungan data rakyat dan kedaulatan maklumat negara mesti sentiasa diutamakan, termasuk dalam menilai implikasi penggunaan aplikasi yang tertakluk kepada undang-undang dan bidang kuasa Israel," ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, kerajaan mengarahkan semua penjawat awam berhenti menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.Menurut kenyataan itu, maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat perlu dilindungi daripada diperalat oleh rejim Israel sehingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.Tambah Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, maklumat lokasi dan corak pergerakan pengguna merupakan data sensitif yang memerlukan perlindungan sewajarnya."Lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan rasmi serta kepentingan strategik negara. Kemudahan teknologi tidak boleh mengatasi tuntutan keselamatan negara," katanya.
Larangan Waze: Tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan melibatkan Israel - MKN

Key takeaways
Kerajaan Malaysia menggesa pengguna beralih daripada Waze kerana risiko keselamatan dan undang-undang Israel.
- Waze dilarang kerana terma penggunaannya terikat dengan undang-undang Israel.
- Kerajaan menekankan perlindungan data rakyat dan kedaulatan maklumat negara.
- Pengguna dikehendaki menggunakan aplikasi tempatan seperti TuJu.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Gerakan mahu penjelasan larangan Waze
- Free Malaysia Today PM perjelas larangan Waze elak Israel salah guna data kerajaan, peribadi
- Malaysiakini (BM) Larangan Waze: DAP persoal, PAS mahu sekat jika berbahaya
- Berita Harian Guna Waze: Tiada kompromi isu keselamatan negara - MKN
- Sinar Harian Larangan Waze: Tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan melibatkan Israel - MKN (this story)









