Keputusan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.PETALING JAYA: Penjawat awam dilarang menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi mengelakkan maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna disalahgunakan Israel.

Keputusan dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi melindungi maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat daripada ancaman keselamatan.

“Maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat mesti dilindungi daripada diperalat rejim Israel hingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.

“Keputusan ini mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel,” kata Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan.