PUTRAJAYA - Kerajaan mengarahkan semua penjawat awam berhenti menggunakan aplikasi navigasi Waze bagi melindungi maklumat kerajaan dan data peribadi pengguna daripada ancaman penyalahgunaan oleh rejim Israel.Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, keputusan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mengambil kira kedudukan Waze Mobile Ltd sebagai pengawal data pengguna yang diperbadankan dan beroperasi di bawah undang-undang Israel.Menurut kenyataan itu, maklumat sensitif kerajaan dan data peribadi rakyat perlu dilindungi daripada diperalat oleh rejim Israel sehingga menjejaskan keselamatan serta kedaulatan negara.Pada masa sama, Anwar menyarankan seluruh rakyat Malaysia supaya turut berhenti menggunakan aplikasi berkenaan dan beralih kepada aplikasi alternatif tempatan seperti TuJu."Saranan itu dibuat dengan mengambil kira jaminan keselamatan serta perlindungan data peribadi yang ditawarkan oleh aplikasi alternatif berkenaan," menurut kenyataan berkenaan pada Rabu.Pejabat Perdana Menteri berkata, pendirian Kerajaan Madani adalah tegas dalam menutup sebarang ruang yang boleh dimanfaatkan oleh rejim Israel untuk mengancam keselamatan negara dan rakyat.Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan kerajaan mengarahkan semua anggota perkhidmatan awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi yang berpangkalan Israel, Waze serta-merta.Arahan itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menerusi surat rasmi bertarikh 20 Oktober 2026 kepada ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan Persekutuan, ketua pengurusan badan berkanun Persekutuan serta pihak berkuasa berkaitan.Menurutnya, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) Bilangan 3 Tahun 2026 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.
Penjawat awam dilarang guna Waze, bimbang ancaman Israel - PM

Key takeaways
Kerajaan arah penjawat awam hentikan penggunaan Waze untuk elak ancaman Israel terhadap data negara.
- Waze dianggap boleh ancam keselamatan negara kerana operasi di bawah undang-undang Israel.
- PM nasihatkan rakyat hentikan penggunaan Waze dan guna aplikasi tempatan seperti TuJu.
- Arahan dikeluarkan oleh Kerajaan Madani untuk tutup ruang ancaman keselamatan negara.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Utusan Malaysia , Harian Metro , Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- By
- MOHD AZLIM ZAINURY
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Penjawat awam dilarang guna aplikasi Waze kerana kaitan Israel
- Malaysiakini (BM) Kaitan Israel - Kerajaan larang penjawat awam guna Waze
- Free Malaysia Today Penjawat awam dilarang guna Waze
- Sinar Harian Penjawat awam dilarang guna Waze, bimbang ancaman Israel - PM (this story)








