KUALA LUMPUR - Sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa esok, namun aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan susulan jerebu.Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.Bagi Putrajaya, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya memaklumkan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka.Di Selangor, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pula meminta pihak pentadbir sekolah sentiasa memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) daripada Jabatan Alam Sekitar serta memberikan perhatian khusus kepada murid berisiko tinggi.Di Negeri Sembilan, JPN menyatakan bahawa aktiviti luar bilik darjah hendaklah dihentikan sekiranya bacaan IPU melebihi 100, manakala di Melaka, semua aktiviti di luar juga ditangguhkan.Murid-murid disarankan memakai pelitup muka, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan risiko, manakala Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) yang dijadualkan berlangsung dalam tempoh ini hendaklah ditangguhkan.Bagi negeri Pahang, semua sekolah di daerah Bentong, Bera, Maran dan Temerloh beroperasi esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.Sementara itu, JPN Pulau Pinang memaklumkan pihak sekolah perlu memastikan bekalan air minuman mencukupi untuk warga sekolah.Jabatan Pendidikan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Pinang turut membenarkan ibu bapa atau penjaga yang bimbang akan kesihatan anak-anak untuk tidak menghantar mereka ke sekolah, dengan syarat memaklumkan perkara itu kepada pihak sekolah.Semalam, Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, keputusan penutupan sekolah susulan jerebu ditentukan bersama oleh KPM, Kementerian Kesihatan (KKM) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) berdasarkan kepakaran masing-masing.Beliau berkata, keputusan itu mengambil kira pemantauan kualiti udara dan risiko kesihatan murid, selain kesan terhadap pembelajaran sekiranya sekolah ditutup terlalu lama.
Sekolah di 5 negeri, KL dan Putrajaya beroperasi seperti biasa esok

Key points
- KUALA LUMPUR - Sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Pulau Pinang akan beroperasi seperti biasa esok, namun aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan susulan jerebu.
- Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memaklumkan semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan beroperasi secara bersemuka seperti biasa, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.
- Bagi negeri Pahang, semua sekolah di daerah Bentong, Bera, Maran dan Temerloh beroperasi esok, namun semua aktiviti luar bilik darjah ditangguhkan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian , Malaysiakini (BM) , Kosmo , Harian Metro , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Sekolah di 5 negeri, KL dan Putrajaya beroperasi seperti biasa esok (this story)







