Sydney: Seorang lelaki ditahan selepas didakwa mengugut melakukan serangan tembakan rambang di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Sydney, Australia, ketika berinteraksi dengan chatbot kecerdasan buatan (AI), Claude.
Memetik The Independent, David Lan Thackray, 29, ditahan pada Ahad, 18 Oktober lalu, selepas perbualannya dengan chatbot itu dilaporkan kepada Pertubuhan Polis Jenayah Antarabangsa (Interpol).
Mahkamah Tempatan Sutherland pada Isnin dimaklumkan, Thackray memberitahu chatbot itu mengenai niatnya untuk menembak kanak-kanak di sebuah pusat penjagaan berhampiran rumahnya di Hurstville.
Dia didakwa berkata, mahu pergi ke pusat beli-belah Westfield berhampiran dan menembak orang di pusat penjagaan kanak-kanak tempatan, sebelum akaun Claude miliknya digantung.









