KUALA KUBU BHARU - Dua pendaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai, Kampung Hulu Rening di sini ditemukan lemas pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 12.13 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dan Pasukan Bomba Sukarela Batang Kali dikejarkan ke lokasi."Terdapat enam orang dilaporkan menjalankan aktiviti mendaki sebelum sampai di lokasi kejadian."Dua mangsa berusia 21 dan 23 tahun itu dilaporkan mandi di sungai terbabit sebelum disyaki dibawa arus deras dan tenggelam," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Ashrul Riezal berkata, mangsa pertama dijumpai pada jam 2.15, manakala mangsa kedua pada jam 2.25 petang.Katanya, mangsa dijumpai dalam kedalaman lima meter.Menurutnya, mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.
Dua pendaki hilang di Lubuk Tupai ditemukan lemas

Key takeaways
Dua pendaki yang hilang di Air Terjun Lubuk Tupai ditemukan lemas setelah dibawa arus deras.
- Dua mangsa berusia 21 dan 23 tahun dilaporkan mandi di sungai sebelum tenggelam.
- Pihak bomba menerima maklumat kejadian pada tengah hari dan bertindak segera.
- Mayat dua mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AFHAM RAMLI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Dua lemas mandi di Air Terjun Lubuk Tupai
- Sinar Harian Dua pendaki hilang di Lubuk Tupai ditemukan lemas (this story)









