HULU SELANGOR: Dua individu dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Air Terjun Lubuk Tupai, Kampung Hulu Rening, Batang Kali, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, kedua-dua mangsa dipercayai sedang mandi bersama empat lagi individu sebelum dihanyutkan arus deras dan tenggelam.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.13 tengah hari sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu digerakkan ke lokasi.








