BANGI: Rakyat Negeri Sembilan dilihat masih dibelenggu persepsi berhubung kemelut antara kerajaan negeri dengan institusi diraja, meskipun isu berkenaan disifatkan sudah selesai menerusi keputusan Dewan Keadilan dan Undang (DKU) pada 31 Julai lalu.
Dato Lembaga Lingkungan Lenggeng, Dato Penghulu Dagang Dr Faridzwan Abdul Ghafar, berkata persidangan DKU pada tarikh itu memutuskan pemecatan atau perlucutan pesaka Datuk Undang ketiga ditamatkan, selain melantik Datuk Undang baharu dengan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau menegaskan keputusan atau nasihat yang dikeluarkan DKU adalah muktamad dan tidak boleh dibawa atau dibicarakan di mahkamah atas sebarang alasan.









