CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) merakam percakapan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kandungan di Facebook, yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan.MCMC menerusi kenyataan hari ini memaklumkan langkah itu bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)."Individu yang dipercayai mengendalikan akaun tersebut hadir ke Balai Polis Cyberjaya hari ini bagi membantu siasatan. Satu unit telefon bimbit dan satu kad sim telah disita," menurut kenyataan itu.Menurut MCMC, siasatan sedang dilaksanakan berkaitan kandungan dimuat naik menerusi akaun Facebook "Che GuBard" yang disyaki mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi diraja Negeri Sembilan, selain menyentuh mengenai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan kerabat diraja negeri itu.MCMC menyatakan pihaknya memandang serius sebarang penggunaan platform dalam talian yang boleh mencetuskan kebencian, penghinaan atau rasa tidak hormat terhadap institusi diraja."Kebebasan bersuara hendaklah dilaksanakan secara bertanggungjawab serta selaras dengan undang-undang negara. Sebarang tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan dan proses perundangan yang berkuat kuasa," menurut MCMC. - Bernama
MCMC rakam percakapan individu disyaki hina institusi diraja Negeri Sembilan

Key takeaways
MCMC merakam percakapan individu bagi membantu siasatan kandungan di Facebook yang disyaki menghina institusi diraja Negeri Sembilan.
- MCMC merakam percakapan individu yang disyaki mengendalikan akaun Facebook yang mengandungi unsur penghinaan.
- Satu unit telefon bimbit dan kad sim disita semasa siasatan di Balai Polis Cyberjaya.
- MCMC memandang serius sebarang kandungan yang mencetuskan kebencian atau penghinaan terhadap institusi diraja.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) MCMC siasat hantaran hina Agong di media sosial
- Sinar Harian MCMC rakam percakapan individu disyaki hina institusi diraja Negeri Sembilan (this story)








