KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM30 juta berkait cukai taksiran pada 2025 hingga tahun ini.
Menurut sumber SPRM, perbuatan lelaki berusia 50-an itu dipercayai membabitkan beberapa syarikat sebagai balasan membantu mengurangkan bayaran cukai taksiran berjumlah RM140 juta.
"Lelaki terbabit yang juga pengarah unit sektor awam itu ditahan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi ketika bersembunyi di sebuah hotel di Lembah Klang," katanya.
Sumber itu berkata, Majistret Ezrene Zakariah mengeluarkan perintah reman selama enam hari hingga Isnin depan terhadap lelaki terbabit,






