LANGKAWI: Seramai 251 penumpang dan 10 kru feri Express Bahagia 98 terkandas lebih empat jam, selepas feri itu tersangkut pada beting pasir berhampiran Terminal Jeti Penumpang Kuala Perlis, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian 10.35 pagi itu, semua penumpang berjaya dipindahkan ke jeti dengan selamat menggunakan bot bantuan Pasukan Polis Marin (PPM), Persatuan Nelayan Kuala Perlis dan sebuah syarikat swasta.
Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd (Ferry Line), Leftenan Komander (B) Norhafiz Abdul Wahid berkata, feri membawa 261 individu termasuk kru itu berlepas dari Langkawi pada 9.30 pagi.
Beliau berkata, feri berkenaan dilaporkan terkandas kira-kira 10.35 pagi berhampiran Boya Nombor 1 ketika menghampiri Kuala Perlis.









