Kuala Lumpur-All Star Influncers Award (ASIA) 2026 mencatatkan 3.8 bilion tontonan digital sejak diperkenalkan pada 2023, sekali gus memperkukuh peranan pempengaruh dalam mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi media sosial.

Pengasas ASIA. Datuk Abd Rahman Soltan berkata, penganjurann tahun ini menghimpunkan 110 pempengaruh dari 20 negara dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026-2027.

Menurutnya, platform itu memberi peluang kepada pempengaruh antarabangsa meneroka pelbagai destinasi tempatan sebelum bekongsi keunikan budaya, makanan dan tarikan pelancongan Malaysia kepada jutaan pengguna di seluruh dunia menerusi kandungan kreatif dan autentik.