KUALA LUMPUR: Meraih 3.8 bilion tontonan digital sejak diperkenalkan pada 2023, All Star Influencers Award (ASIA) terus memperkukuh peranannya sebagai platform mempromosikan Malaysia ke peringkat antarabangsa menerusi pengaruh pencipta kandungan digital.

Pengasas ASIA, Datuk Abd Rahman Soltan, berkata penganjuran ASIA 2026 menghimpunkan 110 pempengaruh dari 20 negara dengan kerjasama Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Katanya, pengaruh pempengaruh antarabangsa dimanfaatkan untuk memperkenalkan keunikan budaya, makanan dan destinasi pelancongan Malaysia kepada khalayak global menerusi kandungan kreatif di platform media sosial.

"Pencapaian 3.8 bilion tontonan ini membuktikan bahawa kandungan digital mempunyai pengaruh besar dalam memperkenalkan Malaysia kepada dunia, khususnya menerusi keunikan budaya, makanan dan destinasi pelancongan kita.