Kuantan: Seorang pensyarah kerugian RM269,993 selepas terpedaya dengan individu menyamar polis berkaitan kes penipuan 'phone scam'.

Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar Ayob, berkata polis menerima laporan daripada mangsa berusia 49 tahun semalam.

Beliau berkata, mangsa memaklumkan menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) Putrajaya pada 20 April lalu.

Katanya, suspek kemudiannya mendakwa maklumat peribadi mangsa disalahgunakan dan terbabit dalam aktiviti penipuan satu pelaburan.