Sepang: Sembilan peguam termasuk beberapa nama terkenal dalam bidang perundangan tampil mewakili Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang berdepan dua pertuduhan mencederakan anggota polis di mahkamah, hari ini.

Pasukan pembelaan itu diketuai Kitson Foong, dengan barisan peguam lain termasuk Datuk Rosal Azimin Ahmad, Datuk Akberdin Abdul Kader, Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Dr Baljit Singh Sidhu dan Muhammad Rafique Rashid Ali.

Rosal berkata, selain itu, Datuk Ahmad Zaidi Zainal, Md Yunos Shariff dan Dr Badruzzaman Ishak.

"Semua peguam yang mewakili beliau (Mohd Shuhaily) adalah rakan-rakannya," katanya kepada pemberita selepas prosiding pertuduhan terhadap Mohd Shuhaily di Kompleks Mahkamah Sepang, di sini, hari ini.