nfazlina@bhnewscom.my
KOTA BHARU: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan meneliti keputusan Jabatan Peguam Negara sebelum sebarang tindakan diambil berhubung kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Dr Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, pihaknya tidak boleh mengulas lanjut isu berkenaan.
"Sebenarnya kes membabitkan Datuk Suhaily sudah menjadi kes polis dan siasatan polis pun sudah sampai ke Jabatan Peguam Negara.
"Jadi kita tunggu apa yang diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara terlebih dahulu. Saya tidak boleh mengulas lanjut kerana ia membabitkan kes polis dan kertas siasatan sudah dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.








